Friday, September 24, 2010

Hadith tentang niat



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)

tips lagi

Hadis sahih terbagi menjadi 7 (tujuh) tingkatan, yang tertinggi adalah yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, lalu oleh Bukhari saja, kemudian oleh Muslim sendiri, lalu yang memenuhi syarat Bukhari Muslim, dilanjutkan dengan yang memenuhi syarat Bukhari saja, lalu yang memenuhi syarat Muslim saja, dan terakhir yang disahihkan oleh selain Bukhari Muslim semacam Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban.

tips tentang hadith sahih

Hadis ditilik dari cara sampainya kepada kita, terbagi menjadi dua macam yaitu; al Mutawatir dan al Ahad. Lalu hadis ahad terbagi menjadi 3 (tiga); Masyhur, Aziz, dan Gharib.

Yang perawinya dalam semua tabaqat sanad tidak kurang dari tiga disebut masyhur, tidak kurang dari 2 (dua) disebut Aziz, dan jika hanya diriwayatkan oleh 1 (satu) orang disebut Gharib.

Hadith tentang sombong

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر

Those that have a sparkle of arrogance will never enter paradise.

[Sahih Muslim : 91]

Tidak masuk syurga sesiapa yang dalam hatinya ada walau sebesar zarrah dari sifat takabbur (sombong).

cara menghafal

1- niat (ikhlas)
2- faham apa yg di hafal
3- dengar berulang2 kali
4- dan ulang sebut banyak kali
5- tulis apa yg dihafal
6- keazaman yg tinggi
7- mengajarknnya/menyamoaikannya pada org lain
8- mulakan dgn kitab hadis yg mudah dan principal (matan Hadith 40 wajib habiskan dulu!)
9- kemudian mulakan dgn menghafal hadis2 sahih (bukannya menumpukan hadis dhaif), dan terbaik adalah mula mnghafal hadis2 muttfaq alaih (possibly dapatkan kitab lulu' wal marjan, atau umdatul ahkam atau mana2 kitab yg mengumpulkan hadis2 muttafaq alaih)
10- gunakan alat bantu (record hadis n dgr semula dan hafal, sebaiknya baca hadis itu dgn berlagu/intonasi -kalau kita dgr kuliah2 hadis dari tanah arab, sebelum syakih tiu memulakan syarah hadis akan ada seorang muridnya yg akan baca hadis tersebut dgn berlagu/intonasi-)

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=2354.html

mari hafal hadith

Kitab-kitab hadis yang mengumpulkan hadis sebanyak 40 buah hadis. Usaha ini dilakukan berpandukan hadis riwayat dari Abu al-Darda’ yang disebut oleh al-Baihaqi: “Sesiapa yang hafal untuk ummatku 40 hadis berhubung urusan agamanya, Allah akan bangkitkannya nanti sebagai seorang faqih dan aku (Muhammad) pada hari kiamat nanti akan menjadi syafaat kepadanya”. Imam Ahmad berkata, hadis ni masyhur tetapi tidak sabit.

Hadis-hadis dikumpul dalam bentuk ini juga disebabkan ianya termasuk dalam bab fadhail seperti pendapat al-Nawawi.

Abdullah bin Mubarak adalah orang pertama yang menulis kitab arbainat ini.
Ibn Hajar pula telah menulis 2 kitab Arbain. Kitab Arba`inat yang paling mashyur ialah karangan al-Nawawi. Antara syarahnya pula ialah Syarah Ibn Rajab, Syarah Mulla Ali al-Qari dan lain-lain.